Pada
pertengahan minggu kedua bulan Mac 2013 saya telah mendapat panggilan untuk
temuduga sebagai Kerani Tingkatan Biasa Kontrak di HQ Kuala Lumpur. Meminta
pendapat dan restu emak dan ayah, mereka membenarkan saya untuk pergi temuduga
tersebut. Oleh kerana saya mendapat panggilan tersebut pada hari Selasa petang,
dan temuduga pada hari Khamis sesi petang saya terpaksa memohon cuti kecemasan
kepada supervisor. Alhamdulillah urusan dipermudahkan, cuti diluluskan. Saya
bertolak ke Klang pada malam hari Rabu menaiki bas bersama emak dan adik yang
masih menyusu badan ketika itu. Emak dan ayah amat risaukan saya jika pergi
bersendirian. Sepanjang perjalanan, saya cuba menghafal latar belakang syarikat
perbankan tersebut memandang saya langsung tiada apa-apa maklumat mengenainya.
Saya tidak dapat melelapkan mata mungkin kerana gementar. Kami tiba di Klang
Sentral sekitar 6 pagi. Bapa saudara saya(Pak Ngah) telah menunggu kami untuk
dibawa kerumah. Sampai dirumah Pak Ngah di Port Klang, kami berehat sebentar
sementara menunggu petang. Pak Ngah mencadang untuk membawa saya ke HQ menaiki
motosikal miliknya kerana lebih cepat mengelak kesesakan lalulintas. Kami tidak
perlu keluar terlalu awal. Perjalanan dari rumahnya ke HQ hanya 40 minit
menaiki motosikal. Saya masih ingat lagi, saya memilih untuk memakai baju
kurung raya 2012 hasil jahitan emak sendiri. Dengan perasaan berdebar kami
memulakan perjalanan. Kami tiba diperkarangan HQ sekitar 1.30 petang. Sesi
petang temuduga adalah 2.30 petang. Ketika berada di lobi ditemani Pak Ngah,
saya dapat melihat 3 4 orang sebaya saya dan menganggap mungkin peserta
interview juga kerana mereka menunggu ditemani ibu bapa. Tidak beberapa lama
kemudian, seorang pekerja syarikat itu memanggil peserta interview untuk naik
ke tingkat 7. Saya melemparkan senyuman kepada peserta-peserta lain ketika
bertemu muka. Kami berempat duduk semeja dan menjawab soalan-soalan yang
telah diberikan oleh pekerja tadi. Selepas selesai menjawab, kertas soalan
tersebut perlu dipulangkan. Salah seorang dari kami dipanggil untuk ditenuduga.
Hanya Allah yang tahu perasaan berdebar saya ketika itu. Hampir 15 minit
berlalu, peserta pertama keluar dari bilik tersebut dengan mengukirkan senyuman
kepada kami. Kemudian, nama saya pula dipanggil untuk masuk kebilik tersebut.
Terasa berat melangkah dan tangan saya terlalu sejuk. Saya sedang berdiri
dihadapan 3 orang lelaki sebagau penemuduga. Saya memberikan salam kepada
mereka bertiga tanpa mengetahui siapa, nama dan pangkat mereka. Mereka menjawab
salam dan terus meminta saya untuk perkenalkan diri dan menceritakan
apa-apa sahaja kepada mereka. Saya masih gugup. Sepatah ditanya
sepatah lah saya menjawab. Kemudian penemuda yang berada di tengah berkata
"saya suka awak senyum macam ni, tapi awak kena ringan mulut untuk bercakap".
Saya terus menceritakan mengenai diri saya dan persediaan sebelum
datang untuk ditemuduga kerana hanya itu yang terlintas dalam fikiran.
Mereka seperti amat senang dengan jawapan kepada soalan tersebut. Salah
seorang dari mereka berkata tidak semua peserta temuduga membuat persediaan
seperti saya. Mereka membuka soalan kepada saya dan tanpa melengahkan
masa saya bertanya mengenai taraf jawatan kerani kontrak tersebut.
Mereka memaklumkan status kontrak adalah setahun sama seperti pekerja
lain yang baru bekerja di perbankan tersebut sebelum diserap tetap. Saya
dibenarkan keluar dari bilik tersebut. Saya terus turun dan mendapatkan
Pak Ngah yang sedang duduk di ruangan lobi. Kami terus pulang ke
rumah. Kami berehat beberapa jam sebelum bergerak pulang ke Kulim malam tersebut
memandangkan saya hanya memohon mengambil cuti kecemasan dua hari sahaja.
Selepas hari itu, saya masih bekerja seperti biasa dan langsung tidak
memikirkan apa-apa mengenai keputusan temuduga tersebut. Pada 21 Mac 2013
saya mendapat panggilan sekali lagi diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan
di Klinik Dr. Harun. Saya masih belum mendapat jawapan hasil temuduga.
Hari berganti hari, awal April 2013 saya telah mendapat jawapan yang
ditunggu-tunggu. Alhamdulillah saya berjaya mengisi kekosongan jawatan itu.
Saya diminta untuk melapor diri di syarikat perbankan Islam tersebut di
sebuah cawangan di Penang pada 15 April 2013.
staf Bank Rakyat Georgetown |
iv in eng or malay ?
ReplyDeleteAda eng ada malay...
DeleteSaya pon nak tanya interview in english or malay ?
ReplyDeleteAda eng ada malay...
Delete