![]() |
AMMAR AFIF MENAGIS DIRUMAH PENGASUH |
Thursday, April 4, 2019
DUGAAN KELAS PERTAMA
Pada 28 julai 2018 adalah kelas pertama aku hadir. Aku agak kelam kabut pagi tersebut kerana perlu memasak membuat bekal makanan untuk anak sulungku yang akan dihantar ke rumah pengasuh. Ini adalah kali pertama anak aku diasuh oleh orang lain. Selama ini anakku dijaga oleh ibu mertua. Namun pada sabtu dan ahad ibu mertuaku tidak dapat menjaga kerana berniaga kuih-muih dipasar. Aku keluar rumah pada jam 7.10 pagi dan tiba di rumah pengasuh pada 7.25pagi. Anakku tidak biasa dengan oranga lain. Selepas dipujuk melihat kartun kegemarannya barulah aku dapat menuju ke kelas. Jam menunjukkan 7.35 pagi. Aku memecut sehabis mungkin. Kelas bermula jam 8 pagi. Aku tahu aku tetap aku lambat. Aku tiba di perkarangan kampus pada 8.10 pagi. Aku berlari-lari anak bergerak ke kelas. Pensyarah masih belum tiba dan masih ramai pelajar yang belum tiba. Beberapa minit kemudian, pensyarah pertama masuk dan pembelajaran di teruskan. Aku terpinga-pinga mencari nota. Baru aku tahu, nota telah disertakan dalam pendrive yang terdapat dalam fail semalam. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk pencetak buku nota tersebut. Untuk sepanjang kelas hari tersebut, aku menumpang buku nota rakan sekelas. Fatin namanya, kawan pertama yang duduk sebelah aku setiap kali kelas. Pada pertemuan pertama, terdapat 4 kelas. 2 kelas pada hari sabtu manakala 2 lagi pada hari ahad. Pada pertemuan pertama inilah, pensyarah akan memberikan tugasan-tugasan dan pembahagian kumpulan. Memang agak mencabar untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Aku mencuri-curi membalas whatsup pengasuh anakku. Aku mendapat tahu anakku hanya menangis dan tidak mahu dipujuk. Aku menjadi sebak seboleh-bolehnya aku mahu pulang segera. Aku cuba kuatkan hati dan tidak terlalu melayan perasaan keibuan ini dan sentiasa berdoa agar anakku berhenti menangis. Aku meminta suamiku segera mengambil anak selepas habis kerja. Kelasku berakhir pada 6.30 petang. Aku terus bergegas pulang. Aku tiba di rumah lada 7.30 malam. Aku terus mendapatkan anakku dan memeluk cium. Tidak sampai hati rasanya biarkan anakku bersama orang yang tidak biasa dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment