Pada bulan April terdetik dihati aku untuk sambung belajar. Diusia 26 tahun aku mula belajar dan aku target akan habis pada usia 31 tahun. Ketika aku habis belajar anak sulungku berusia 6 tahun. Sesuai lah masanya.. aku telah memohon kebenaran kepada Pengurus cawangan memandangkan aku dibawah tanggungjawab beliau. Alhamdulillah beliau amat menyokong keputusanku dan memberi kata-kata semangat. Aku masih ingat katanya " sampai suatu masa, awak akan rasa peritnya belajar " itu lah saat-saat yang awak memerlukan sokongan dari suami dan keluarga. Aku terus survey beberapa universiti dari segi masa kelas agar tidak terganggu masa dengan keluarga dan yuran setiap semester. Aku membuat sedikit rujukan untuk memastikan aku tidak tersalah memilih universiti. Akhirnya aku memilih untuk memohon Universiti Utara Malaysia. Aku memohon untuk jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian melalui web PACE. Aku mendapat panggilan telefon mengenai tawaran sambung belajar tersebut. Aku bersyukur sangat berkongsi berita gembira dengan suami dan ibu bapaku. Aku diminta lapor diri pada 27 Julai 2018. Aku terus memohon cuti pada hari tersebut didalam sistem. Pengurusku meluluskan cuti tanpa sebarang persoalan memandangkan aku telah mencatatkan didalam sistem sebab bercuti. Aku terlalu gembira apabila dapat sambung belajar. Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Aku disahkan mengandung 5 minggu selepas terasa badan tidak sihat semasa dipejabat. Aku terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aku terlalu bersyukur. Allah hadiah aku 2 benda dalam 1 masa. Aku kongsikan berita gembira ini kepada suami dan ibu bapaku. Anak sukungku ketika itu berusia 1 tahun 1bulan. Sejak hari itu aku terlalu gembira. Segala pembayaran yuran segera aku selesai melalui online banking walaupun UUM memberi kelonggaran untuk membayar yuran sehingga pertemuan keempat. Aku tidak mahu berlengah mengenai pembayaran yang penting, itu lah sikap aku sejak dahulu. Akan segera selesaikan pembayaran yang penting. Impianku sejak 7 tahun yang lalu untuk sambung belajar di universiti awam akhirnya tercapai. Seminggu sebelum hari aku lapor diri, aku telah pergi ke kampus berkenaan untuk memastikan aku tidak sesat pada hari tersebut. Pada pagi 27 Julai tersebut aku bangun pukul 5 pagi. Bersiap2 seperti biasa. Pada jam 6.15 pagi aku mula bergerak ke kampus di Kelana Jaya. Aku masih ingat jalan untuk ke sana. Sentiasa memastikan aku dilorong yang betul agar tidak tersalah memandangkan keadaan trafik sangat sesak dengan kenderaan. Aku sentiasa menjaga brek kerana kereta bergerak terlalu perlahan. Aku tiba di destinasi pada 7.30 pagi. Aku parkir kereta dan terus ke bilik melapor diri selepas mendapat panduan dari pengawal. Sesampai aku dia bilik tersebut, aku lihat aku adalah peserta kedua. Dalam hati aku hanya tergelak kecil kerana aku sangkakan aku sudah terlambat. Aku terus berjumpa dengan kakitangan uum yang bertugas. Memandangkan masih awal dan tiada orang, mereka terus meminta dokumen yabg wajib dibawa dan diserahkan kepada pihak UUM. Aku diberi fail yang diisi dengan buku akademik tertera sesi Julai 2018/2019. Aku diminta untuk terus ke bilik taklimat. Disitulah kami diterangkan pelbagai hal mengenai PJJ UUM. Taklimat selesai pada jam 12.30 tengahari. Aku terus pulang ke rumah.
![]() |
KAMPUS KL - KELANA JAYA |
No comments:
Post a Comment