Thursday, April 4, 2019

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Setiap kali aku hadiri kelas pada hari sabtu, aku akan menghadapi masalah yang sama iaitu anakku untuk dihantar ke pengasuh. Sama seperti bulan julai, anakku tidak mahu berenti menangis. Aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Pada bulan september dan oktober, aku meminta untuk suami mangambil cuti pada hari sabtu. Aku tidak lagi memikirkan tentang menghantar anakku kepada pengasuh. Setiap tugasan yang diberikan aku terpaksa mencuri masa tidur. Aku pernah cuba untuk membuat tugasan semasa anakku bermain permainannya, namun selepas aku membuka laptop, anakku sibuk menekan papan kekunci laptop. Aku akhirnya mengalah dan menyimpan semula laptop didalam beg. Apabila anakku tidur, aku kembali menyambung tugasan. Aku juga terpaksa bangun pada tengah malam selepas anakku tidur untuk membuat tugasan. Pernah tugasan berkumpulan, aku perlu menyerahkan bahagianku selewat-lewatnya pada malam itu, namun akibat tidurkan anak, aku turut tertidur dan hanya sedar pada waktu pagi. Aku memohon maaf kepada ahli kumpulan, dan mereka amat memahami. Pada november, bermulalah musim peperiksaan akhir yang menjadi igauan ngeri setiap pelajar. Aku sememangnya tidak dapat belajar dirumah ketika anakku berjaga. Aku akan memastikan anakku ditidurkan terlebih dahulu. Namun aku juga terbabas kerana aku turut tertidur. Aku mengambil keputusan aku belajar di pejabat pada waktu rehat dan selepas waktu bekerja. Jadual peperiksaanku adalah berturut-turut selama 4 hari. Aku meminta suami mengejutkan aku untuk bangun ulangkaji memandangkan suami kerja shif malam. Alhamdulillah, aku dapat ulangkaji pada jam 2 atay 3 pagi sehingga subuh. Itulah rutin ulangkaji aku sehingga 4 hari. Aku bersyukur aku mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Aku mendapat CGPA 3.07 untuk semester tersebut. Aku terlalu bersyukur dengan CGPA tersebut walaupun aku mensasarkan untuk mendapat CGPA 4.00. 


No comments:

Post a Comment