Friday, April 5, 2019
MELAHIRKAN CAHAYA MATA KEDUA
Semester Januari 2019/2020 merupakan semester yang paling mencabar bagi aku. Ini kerana perutku sudah sarat. Pada pertemuan pertama aku masih mampu bergerak kuat. Namun pada pertemuan kedua 23 dan 24 Februari aku sudah menghampiri 37 minggu usia kandungan. Aku mengagahkan diri hadir ke kuliah pada pertemuan kedua hari sabtu. Aku berjaya menghabiskan kelas pada hari tersebut. Malangnya pada pagi ahad pinggangku terlalu sakit. Aku tidak pernah merasa sakit sedemikian sejak mengandung anak kedua ini. Aku mengajak suamiku ke hospital. Memandangkan aku telah 37 minggu mereka terus membawaku ke dewan bersalin untuk memeriksa CTG. Memang terdapat sedikit contraction, namun laluan masih 1cm. Aku dibenarkan pulang dan diminta untuk berehat kerana sekiranya berlaku contraction kuat aku perlu segera ke hospital. Harapan ku untuk ke kelas tidak kesampaian. Aku mendapat cuti sakit selama seminggu. Sepanjang cuti tersebut aku cuba menyiapkan seberapa yang mampu tugasan-tugasan yang perlu diserahkan sebelum aku melahirkan anak kedua ini. Seperti biasa aku menyiapkan tugasan ini pada malam hari selepas anakku tidur. Aku akui, aku sakit pinggang teramat sangat kerana duduk menghadap laptop. Namun aku paksakan diri demi tugasan tersebut. Pada 1 Mac aku serah diri ke hospital selepas terdapat tanda-tanda bersalin. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan anak keduaku tanpa sebarang masalah. Aku dapat pulang ke rumah pada keesokkan hari. Anak sulungku terlalu gembira dan sentiasa mengucup dahi adiknya. Aku berpantang di rumah mertuaku selama 2 minggu. Aku mengambil peluang untuk berpantnag dirumah ibu bapaku di kedah. Aku hanya dapat berpantang selama 2 minggu disana dan aku terpaksa pulang ke Klang untuk menghadiri kelas bulan April. Aku perlu ke kelas walaupun aku masih berpantang pada hari ke 37 kerana aku perlu mengambil peperiksaan pertengahan yang sepatutnya diambil pada bulan Mac tempoh hari. Semasa aku berpantang di kampung, aku terlalu stress. Sehinggakan aku marah teruk anak sulungku. Aku tidak pernah marahkan anakku seteruk itu sebelum ini. Aku cuba untuk ulangkaji namun ganguan dari anak-anak menyebabkan aku terlalu beremosi. Anak sulung aku menjadi habuan kemarahan aku. Allah, tertekannya aku saat itu. Aku nekad untuk pulang ke Klang segera. Namun suami meminta untuk aku bersabar, dia akan segera mengambil aku dan anak-anak selepas 2 minggu. Hari ini adalah hari khamis aku menaip tugasan pada malam hari. Anak-anakku sudah tidur, aku cuba untuk menghabiskan tugasan secepat mungkin. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari sabtu dan ahad nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment