Wednesday, April 3, 2019

ABOUT ME (^_^) along_nirah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Saya noor munirah binti jasni no matrix 260752 pelajar Universiti Utara Malaysia. Selesa dipanggil Munirah @ Nirah, saudara terdekat akan memanggil dengan panggilan Along. Saya berumur 27 tahun. Seorang isteri kepada Muhammad Noor Akmal dan ibu kepada dua cahaya mata Muhammad Ammar Afif dan Muhammad Amzar Azim. Ammar Afif atau nama manja untuk anak saya 'handsome' berusia setahun sembilan bulan manakala adik berusia sebulan tiga hari. Saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian sejak 27 Julai 2018 Saya juga bekerja sebuah  syarikat swasta Perbankan Islam hampir 6 tahun. Niat asal mengambil keputusan sambung belajar adalah untuk menuntut ilmu memandangkan saya hanya belajar sehingga Tingkatan Enam di sebuah sekolah menegah di Kulim Kedah. Saya mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) pada tahun 2011 dan mendapat CGPA 2.25 sahaja. Gagal untuk mendapat tawaran mana-mana universiti awam di Malaysia disebabkan keputusan tidak memuaskan. Saya membuat keputusan untuk bekerja, menyara adik-adik yang masih bersekolah dan masih kecil ketika itu. 



Di sini lah saya mengambil STPM

Sebagai pelajar PJJ









No comments:

Post a Comment