Thursday, April 4, 2019

PENGALAMAN INTERVIEW BANK RAKYAT (ISLAMIC BANKING)



Pada pertengahan minggu kedua bulan Mac 2013 saya telah mendapat panggilan untuk temuduga sebagai Kerani Tingkatan Biasa Kontrak di HQ Kuala Lumpur. Meminta pendapat dan restu emak dan ayah, mereka membenarkan saya untuk pergi temuduga tersebut. Oleh kerana saya mendapat panggilan tersebut pada hari Selasa petang, dan temuduga pada hari Khamis sesi petang saya terpaksa memohon cuti kecemasan kepada supervisor. Alhamdulillah urusan dipermudahkan, cuti diluluskan. Saya bertolak ke Klang pada malam hari Rabu menaiki bas bersama emak dan adik yang masih menyusu badan ketika itu. Emak dan ayah amat risaukan saya jika pergi bersendirian. Sepanjang perjalanan, saya cuba menghafal latar belakang syarikat perbankan tersebut memandang saya langsung tiada apa-apa maklumat mengenainya. Saya tidak dapat melelapkan mata mungkin kerana gementar. Kami tiba di Klang Sentral sekitar 6 pagi. Bapa saudara saya(Pak Ngah) telah menunggu kami untuk dibawa kerumah. Sampai dirumah Pak Ngah di Port Klang, kami berehat sebentar sementara menunggu petang. Pak Ngah mencadang untuk membawa saya ke HQ menaiki motosikal miliknya kerana lebih cepat mengelak kesesakan lalulintas. Kami tidak perlu keluar terlalu awal. Perjalanan dari rumahnya ke HQ hanya 40 minit menaiki motosikal. Saya masih ingat lagi, saya memilih untuk memakai baju kurung raya 2012 hasil jahitan emak sendiri. Dengan perasaan berdebar kami memulakan perjalanan. Kami tiba diperkarangan HQ sekitar 1.30 petang. Sesi petang temuduga adalah 2.30 petang. Ketika berada di lobi ditemani Pak Ngah, saya dapat melihat 3 4 orang sebaya saya dan menganggap mungkin peserta interview juga kerana mereka menunggu ditemani ibu bapa. Tidak beberapa lama kemudian, seorang pekerja syarikat itu memanggil peserta interview untuk naik ke tingkat 7. Saya melemparkan senyuman kepada peserta-peserta lain ketika bertemu muka.  Kami berempat duduk semeja dan menjawab soalan-soalan yang telah diberikan oleh pekerja tadi. Selepas selesai menjawab, kertas soalan tersebut perlu dipulangkan. Salah seorang dari kami dipanggil untuk ditenuduga. Hanya Allah yang tahu perasaan berdebar saya ketika itu. Hampir 15 minit berlalu, peserta pertama keluar dari bilik tersebut dengan mengukirkan senyuman kepada kami. Kemudian, nama saya pula dipanggil untuk masuk kebilik tersebut. Terasa berat melangkah dan tangan saya terlalu sejuk. Saya sedang berdiri dihadapan 3 orang lelaki sebagau penemuduga. Saya memberikan salam kepada mereka bertiga tanpa mengetahui siapa, nama dan pangkat mereka. Mereka menjawab salam dan terus meminta saya untuk perkenalkan diri dan menceritakan apa-apa sahaja kepada mereka. Saya masih gugup. Sepatah ditanya sepatah lah saya menjawab. Kemudian penemuda yang berada di tengah berkata "saya suka awak senyum macam ni, tapi awak kena ringan mulut untuk bercakap". Saya terus menceritakan mengenai diri saya dan persediaan sebelum datang untuk ditemuduga kerana hanya itu yang terlintas dalam fikiran. Mereka seperti amat senang dengan jawapan kepada soalan tersebut. Salah seorang dari mereka berkata tidak semua peserta temuduga membuat persediaan seperti saya. Mereka membuka soalan kepada saya dan tanpa melengahkan masa saya bertanya mengenai taraf jawatan kerani kontrak tersebut. Mereka memaklumkan status kontrak adalah setahun sama seperti pekerja lain yang baru bekerja di perbankan tersebut sebelum diserap tetap. Saya dibenarkan keluar dari bilik tersebut. Saya terus turun dan mendapatkan Pak Ngah yang sedang duduk di ruangan lobi. Kami terus pulang ke rumah. Kami berehat beberapa jam sebelum bergerak pulang ke Kulim malam tersebut memandangkan saya hanya memohon mengambil cuti kecemasan dua hari sahaja. Selepas hari itu, saya masih bekerja seperti biasa dan langsung tidak memikirkan apa-apa mengenai keputusan temuduga tersebut. Pada 21 Mac 2013 saya mendapat panggilan sekali lagi diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Dr. Harun. Saya masih belum mendapat jawapan hasil temuduga. Hari berganti hari, awal April 2013 saya telah mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah saya berjaya mengisi kekosongan jawatan itu. Saya diminta untuk melapor diri di syarikat perbankan Islam tersebut di sebuah cawangan di Penang pada 15 April 2013.

staf Bank Rakyat Georgetown




4 comments: