Saturday, April 6, 2019

MENGHADIRI KELAS SEMASA TEMPOH BERPANTANG

Hari ini merupakan hari ke 37 aku berpantang. Aku bangun jam 5.30 pagi menyiapkan sarapan untuk bekalan anak sulungku. Hari ini adalah hari pertama anak-anakku dihantar ke pengasuh. Aku seboleh-sebolehnya mencepatkan sarapan kerana aku tidak mahu terlalu lewat keluar. Aku beruntung kerana suami menolong aku menyiapkan anak sulungku dan mengangkat ke dalam kereta. Aku bergerak pada 7.05 pagi menuju ke rumah pengasuh. Apabila aku turun dan membawa barang-barang, anak sulungku dapat menghidu sesuatu. Anak sulungku masuk semula ke dalam kereta namun suami kak ida berjaya memujuk anak sulungku semasa aku hendak meninggalkan mereka. Aku tiba di kelas tepat jam 8.00 pagi. Aku terus whatsup kak ida bertanyakan reaksi si abang. Kak ida memberitahu si abang menangis ketika sebut nama ibu dan ayah, namun berjaya ditenangkan oleh anak-anak kak ida. Aku berasa lega kerana anak-anak kak ida ada untuk bermain dengan anak sukungku. Aku dikelas hanya memikirkan keadaan anak-anakku. Tidak sabar untuk pulang berjumpa cinta hati ayah dan ibu ini. 


PENGASUH ANAK-ANAK IBU AYAH

Aku dan suami telah sepakat untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh selepas lahirnya anak kedua. Jika sebelum ini anak pertama ibu mertua menjaga anak kami. Selepas anak kedua lahir kami hendak menghantar ke pengasuh. Kami tidak mahu lagi membebankan ibu mertua. Memang ibu mertuaku sendiri hendak menjaga cucunya namun oleh kerana anak telah bertambah, jadi aku tidak mahu menjadi beban kepada ibu mertuaku. Biarlah dia berehat. Aku bertanyakan jiran-jiran yang biasa menjaga budak. Aku mendapat nombor telefon Kak Ida. Kak Ida merupakan sedara biras aku dan suami juga mengenali suami kak ida. Jadi kami tidak risau untuk menghantar anak-anak kami. Aku perlu menghantar anak-anakku pada 6 April 2019 kerana aku perlu menghadiri kelas terakhir sebelum menempoh peperiksaan akhir pada Mei 2019. 

Friday, April 5, 2019

MELAHIRKAN CAHAYA MATA KEDUA

Semester Januari 2019/2020 merupakan semester yang paling mencabar bagi aku. Ini kerana perutku sudah sarat. Pada pertemuan pertama aku masih mampu bergerak kuat. Namun pada pertemuan kedua 23 dan 24 Februari aku sudah menghampiri 37 minggu usia kandungan. Aku mengagahkan diri hadir ke kuliah pada pertemuan kedua hari sabtu. Aku berjaya menghabiskan kelas pada hari tersebut. Malangnya pada pagi ahad pinggangku terlalu sakit. Aku tidak pernah merasa sakit sedemikian sejak mengandung anak kedua ini. Aku mengajak suamiku ke hospital. Memandangkan aku telah 37 minggu mereka terus membawaku ke dewan bersalin untuk memeriksa CTG. Memang terdapat sedikit contraction, namun laluan masih 1cm. Aku dibenarkan pulang dan diminta untuk berehat kerana sekiranya berlaku contraction kuat aku perlu segera ke hospital. Harapan ku untuk ke kelas  tidak kesampaian. Aku mendapat cuti sakit selama seminggu. Sepanjang cuti tersebut aku cuba menyiapkan seberapa yang mampu tugasan-tugasan yang perlu diserahkan sebelum aku melahirkan anak kedua ini. Seperti biasa aku menyiapkan tugasan ini pada malam hari selepas anakku tidur. Aku akui, aku sakit pinggang teramat sangat kerana duduk menghadap laptop. Namun aku paksakan diri demi tugasan tersebut. Pada 1 Mac aku serah diri ke hospital selepas terdapat tanda-tanda bersalin. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan anak keduaku tanpa sebarang masalah. Aku dapat pulang ke rumah pada keesokkan hari. Anak sulungku terlalu gembira dan sentiasa mengucup dahi adiknya. Aku berpantang di rumah mertuaku selama 2 minggu. Aku mengambil peluang untuk berpantnag dirumah ibu bapaku di kedah. Aku hanya dapat berpantang selama 2 minggu disana dan aku terpaksa pulang ke Klang untuk menghadiri kelas bulan April. Aku perlu ke kelas walaupun aku masih berpantang pada hari ke 37 kerana aku perlu mengambil peperiksaan pertengahan yang sepatutnya diambil pada bulan Mac tempoh hari. Semasa aku berpantang di kampung, aku terlalu stress. Sehinggakan aku marah teruk anak sulungku. Aku tidak pernah marahkan anakku seteruk itu sebelum ini. Aku cuba untuk ulangkaji namun ganguan dari anak-anak menyebabkan aku terlalu beremosi. Anak sulung aku menjadi habuan kemarahan aku. Allah, tertekannya aku saat itu. Aku nekad untuk pulang ke Klang segera. Namun suami meminta untuk aku bersabar, dia akan segera mengambil aku dan anak-anak selepas 2 minggu. Hari ini adalah hari khamis aku menaip tugasan pada malam hari. Anak-anakku sudah tidur, aku cuba untuk menghabiskan tugasan secepat mungkin. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari sabtu dan ahad nanti.



Thursday, April 4, 2019

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Setiap kali aku hadiri kelas pada hari sabtu, aku akan menghadapi masalah yang sama iaitu anakku untuk dihantar ke pengasuh. Sama seperti bulan julai, anakku tidak mahu berenti menangis. Aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Pada bulan september dan oktober, aku meminta untuk suami mangambil cuti pada hari sabtu. Aku tidak lagi memikirkan tentang menghantar anakku kepada pengasuh. Setiap tugasan yang diberikan aku terpaksa mencuri masa tidur. Aku pernah cuba untuk membuat tugasan semasa anakku bermain permainannya, namun selepas aku membuka laptop, anakku sibuk menekan papan kekunci laptop. Aku akhirnya mengalah dan menyimpan semula laptop didalam beg. Apabila anakku tidur, aku kembali menyambung tugasan. Aku juga terpaksa bangun pada tengah malam selepas anakku tidur untuk membuat tugasan. Pernah tugasan berkumpulan, aku perlu menyerahkan bahagianku selewat-lewatnya pada malam itu, namun akibat tidurkan anak, aku turut tertidur dan hanya sedar pada waktu pagi. Aku memohon maaf kepada ahli kumpulan, dan mereka amat memahami. Pada november, bermulalah musim peperiksaan akhir yang menjadi igauan ngeri setiap pelajar. Aku sememangnya tidak dapat belajar dirumah ketika anakku berjaga. Aku akan memastikan anakku ditidurkan terlebih dahulu. Namun aku juga terbabas kerana aku turut tertidur. Aku mengambil keputusan aku belajar di pejabat pada waktu rehat dan selepas waktu bekerja. Jadual peperiksaanku adalah berturut-turut selama 4 hari. Aku meminta suami mengejutkan aku untuk bangun ulangkaji memandangkan suami kerja shif malam. Alhamdulillah, aku dapat ulangkaji pada jam 2 atay 3 pagi sehingga subuh. Itulah rutin ulangkaji aku sehingga 4 hari. Aku bersyukur aku mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Aku mendapat CGPA 3.07 untuk semester tersebut. Aku terlalu bersyukur dengan CGPA tersebut walaupun aku mensasarkan untuk mendapat CGPA 4.00. 


PENANGAN SUBJEK STATISTIK

Pada keesokan harinya, aku agak senang hati kerana suamiku bercuti. Aku hanya memasak dan meninggalkan anakku bersama ayahnya. Aku bergerak ke kelas pada 7.15 pagi. Aku tiba di kampus pada 7.45 pagi. Aku masih mempunya masa untuk sarapan pagi. Kelas berjalan seperti biasa. Menjadi rutin pelajar mendengar pensyarah bercakap dihadapan dan mencatat nota. Aku pulang pada jam 6.30 petang. Kelas kedua ini adalah subjek statistik. Aku migrain semasa pembelajaran dalam kelas. Ini lah subjek yang aku paling tidak suka sejak sekolah menengah lagi. Aku tidak suka matematik tambahan. Statistik adalah sebahagian daripada matematik tambahan. Semasa SPM dahalu aku mendapat gred E dalam subjek tersebut. Dan aku tidak menyangka aku bertemu lagi subjek tersebut pada kali ini. Aku sudah menyerah sejak dalam kelas lagi. Aku mengadu pada sahabat baikku, Zue. Dia lah sahabat aku sejak dibangku sekolah dan sememangnya tahu aku sangat anti dengan subjek tersebut. Dia menasihatiku dan meminta aku lebih fokus kepada tugasan yang pensyarah berikan agar aku dapat melepasi tahap lulus untuk subjek tersebut. Aku hanya mengiakan sahaja walaupun hatiku langsung tiada semagat lagi. Selepas kelas habis aku segera ke tandas dan muntah semuntahnya kerana terlalu sakit kepala. Alu terus memandu pulang ke rumah. Di rumah aku meluah rasa kecewa aku kepada suami. Suamiku tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. Selesai untuk kelas pada bulan julai tersebut  kelas seterusnya pada bulan ogos. 

ADIK BERADIK ADD MATH

DUGAAN KELAS PERTAMA

Pada 28 julai 2018 adalah kelas pertama aku hadir. Aku agak kelam kabut pagi tersebut kerana perlu memasak membuat bekal makanan untuk anak sulungku yang akan dihantar ke rumah pengasuh. Ini adalah kali pertama anak aku diasuh oleh orang lain. Selama ini anakku dijaga oleh ibu mertua. Namun pada sabtu dan ahad ibu mertuaku tidak dapat menjaga kerana berniaga kuih-muih dipasar. Aku keluar rumah pada jam 7.10 pagi dan tiba di rumah pengasuh pada 7.25pagi. Anakku tidak biasa dengan oranga lain. Selepas dipujuk melihat kartun kegemarannya barulah aku dapat menuju ke kelas. Jam menunjukkan 7.35 pagi. Aku memecut sehabis mungkin. Kelas bermula jam 8 pagi. Aku tahu aku tetap aku lambat. Aku tiba di perkarangan kampus pada 8.10 pagi. Aku berlari-lari anak bergerak ke kelas. Pensyarah masih belum tiba dan masih ramai pelajar yang belum tiba. Beberapa minit kemudian,  pensyarah pertama masuk dan pembelajaran di teruskan. Aku terpinga-pinga mencari nota. Baru aku tahu, nota telah disertakan dalam pendrive yang terdapat dalam fail semalam. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk pencetak buku nota tersebut. Untuk sepanjang kelas hari tersebut, aku menumpang buku nota rakan sekelas. Fatin namanya, kawan pertama yang duduk sebelah aku setiap kali kelas. Pada pertemuan pertama, terdapat 4 kelas. 2 kelas pada hari sabtu manakala 2 lagi pada hari ahad. Pada pertemuan pertama inilah, pensyarah akan memberikan tugasan-tugasan dan pembahagian kumpulan. Memang agak mencabar untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Aku mencuri-curi membalas whatsup pengasuh anakku. Aku mendapat tahu anakku hanya menangis dan tidak mahu dipujuk. Aku menjadi sebak seboleh-bolehnya aku mahu pulang segera. Aku cuba kuatkan hati dan tidak terlalu melayan perasaan keibuan ini dan sentiasa berdoa agar anakku berhenti menangis. Aku meminta suamiku segera mengambil anak selepas habis kerja. Kelasku berakhir pada 6.30 petang. Aku terus bergegas pulang. Aku tiba di rumah lada 7.30 malam. Aku terus mendapatkan anakku dan memeluk cium. Tidak sampai hati rasanya biarkan anakku bersama orang yang tidak biasa dengannya. 

AMMAR AFIF MENAGIS DIRUMAH PENGASUH

TERDETIK HATI UNTUK SAMBUNG BELAJAR


Pada bulan April terdetik dihati aku untuk sambung belajar. Diusia 26 tahun aku mula belajar dan aku target akan habis pada usia 31 tahun. Ketika aku habis belajar anak sulungku berusia 6 tahun. Sesuai lah masanya.. aku telah memohon kebenaran kepada Pengurus cawangan memandangkan aku dibawah tanggungjawab beliau. Alhamdulillah beliau amat menyokong keputusanku dan memberi kata-kata semangat. Aku masih ingat katanya " sampai suatu masa, awak akan rasa peritnya belajar " itu lah saat-saat yang awak memerlukan sokongan dari suami dan keluarga. Aku terus survey beberapa universiti dari segi masa kelas agar tidak terganggu masa dengan keluarga dan yuran setiap semester. Aku membuat sedikit rujukan untuk memastikan aku tidak tersalah memilih universiti. Akhirnya aku memilih untuk memohon Universiti Utara Malaysia. Aku memohon untuk jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian melalui web PACE. Aku mendapat panggilan telefon mengenai tawaran sambung belajar tersebut. Aku bersyukur sangat berkongsi berita gembira dengan suami dan ibu bapaku. Aku diminta lapor diri pada 27 Julai 2018. Aku terus memohon cuti pada hari tersebut didalam sistem. Pengurusku meluluskan cuti tanpa sebarang persoalan memandangkan aku telah mencatatkan didalam sistem sebab bercuti. Aku terlalu gembira apabila dapat sambung belajar. Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Aku disahkan mengandung 5 minggu selepas terasa badan tidak sihat semasa dipejabat. Aku terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aku terlalu bersyukur. Allah hadiah aku 2 benda dalam 1 masa. Aku kongsikan berita gembira ini kepada suami dan ibu bapaku. Anak sukungku ketika itu berusia 1 tahun 1bulan. Sejak hari itu aku terlalu gembira. Segala pembayaran yuran segera aku selesai melalui online banking walaupun UUM memberi kelonggaran untuk membayar yuran sehingga pertemuan keempat. Aku tidak mahu berlengah mengenai pembayaran yang penting, itu lah sikap aku sejak dahulu. Akan segera selesaikan pembayaran yang penting. Impianku sejak 7 tahun yang lalu untuk sambung belajar di universiti awam akhirnya tercapai. Seminggu sebelum hari aku lapor diri, aku telah pergi ke kampus berkenaan untuk memastikan aku tidak sesat pada hari tersebut. Pada pagi 27 Julai tersebut aku bangun pukul 5 pagi. Bersiap2 seperti biasa. Pada jam 6.15 pagi aku mula bergerak ke kampus di Kelana Jaya. Aku masih ingat jalan untuk ke sana. Sentiasa memastikan aku dilorong yang betul agar tidak tersalah memandangkan keadaan trafik sangat sesak dengan kenderaan. Aku sentiasa menjaga brek kerana kereta bergerak terlalu perlahan. Aku tiba di destinasi pada 7.30 pagi. Aku parkir kereta dan terus ke bilik melapor diri selepas mendapat panduan dari pengawal. Sesampai aku dia bilik tersebut, aku lihat aku adalah peserta kedua. Dalam hati aku hanya tergelak kecil kerana aku sangkakan aku sudah terlambat. Aku terus berjumpa dengan kakitangan uum yang bertugas. Memandangkan masih awal dan tiada orang, mereka terus meminta dokumen yabg wajib dibawa dan diserahkan kepada pihak UUM. Aku diberi fail yang diisi dengan buku akademik tertera sesi Julai 2018/2019. Aku diminta untuk terus ke bilik taklimat. Disitulah kami diterangkan pelbagai hal mengenai PJJ UUM. Taklimat selesai pada jam 12.30 tengahari. Aku terus pulang ke rumah.
KAMPUS KL - KELANA JAYA

PENGALAMAN INTERVIEW BANK RAKYAT (ISLAMIC BANKING)



Pada pertengahan minggu kedua bulan Mac 2013 saya telah mendapat panggilan untuk temuduga sebagai Kerani Tingkatan Biasa Kontrak di HQ Kuala Lumpur. Meminta pendapat dan restu emak dan ayah, mereka membenarkan saya untuk pergi temuduga tersebut. Oleh kerana saya mendapat panggilan tersebut pada hari Selasa petang, dan temuduga pada hari Khamis sesi petang saya terpaksa memohon cuti kecemasan kepada supervisor. Alhamdulillah urusan dipermudahkan, cuti diluluskan. Saya bertolak ke Klang pada malam hari Rabu menaiki bas bersama emak dan adik yang masih menyusu badan ketika itu. Emak dan ayah amat risaukan saya jika pergi bersendirian. Sepanjang perjalanan, saya cuba menghafal latar belakang syarikat perbankan tersebut memandang saya langsung tiada apa-apa maklumat mengenainya. Saya tidak dapat melelapkan mata mungkin kerana gementar. Kami tiba di Klang Sentral sekitar 6 pagi. Bapa saudara saya(Pak Ngah) telah menunggu kami untuk dibawa kerumah. Sampai dirumah Pak Ngah di Port Klang, kami berehat sebentar sementara menunggu petang. Pak Ngah mencadang untuk membawa saya ke HQ menaiki motosikal miliknya kerana lebih cepat mengelak kesesakan lalulintas. Kami tidak perlu keluar terlalu awal. Perjalanan dari rumahnya ke HQ hanya 40 minit menaiki motosikal. Saya masih ingat lagi, saya memilih untuk memakai baju kurung raya 2012 hasil jahitan emak sendiri. Dengan perasaan berdebar kami memulakan perjalanan. Kami tiba diperkarangan HQ sekitar 1.30 petang. Sesi petang temuduga adalah 2.30 petang. Ketika berada di lobi ditemani Pak Ngah, saya dapat melihat 3 4 orang sebaya saya dan menganggap mungkin peserta interview juga kerana mereka menunggu ditemani ibu bapa. Tidak beberapa lama kemudian, seorang pekerja syarikat itu memanggil peserta interview untuk naik ke tingkat 7. Saya melemparkan senyuman kepada peserta-peserta lain ketika bertemu muka.  Kami berempat duduk semeja dan menjawab soalan-soalan yang telah diberikan oleh pekerja tadi. Selepas selesai menjawab, kertas soalan tersebut perlu dipulangkan. Salah seorang dari kami dipanggil untuk ditenuduga. Hanya Allah yang tahu perasaan berdebar saya ketika itu. Hampir 15 minit berlalu, peserta pertama keluar dari bilik tersebut dengan mengukirkan senyuman kepada kami. Kemudian, nama saya pula dipanggil untuk masuk kebilik tersebut. Terasa berat melangkah dan tangan saya terlalu sejuk. Saya sedang berdiri dihadapan 3 orang lelaki sebagau penemuduga. Saya memberikan salam kepada mereka bertiga tanpa mengetahui siapa, nama dan pangkat mereka. Mereka menjawab salam dan terus meminta saya untuk perkenalkan diri dan menceritakan apa-apa sahaja kepada mereka. Saya masih gugup. Sepatah ditanya sepatah lah saya menjawab. Kemudian penemuda yang berada di tengah berkata "saya suka awak senyum macam ni, tapi awak kena ringan mulut untuk bercakap". Saya terus menceritakan mengenai diri saya dan persediaan sebelum datang untuk ditemuduga kerana hanya itu yang terlintas dalam fikiran. Mereka seperti amat senang dengan jawapan kepada soalan tersebut. Salah seorang dari mereka berkata tidak semua peserta temuduga membuat persediaan seperti saya. Mereka membuka soalan kepada saya dan tanpa melengahkan masa saya bertanya mengenai taraf jawatan kerani kontrak tersebut. Mereka memaklumkan status kontrak adalah setahun sama seperti pekerja lain yang baru bekerja di perbankan tersebut sebelum diserap tetap. Saya dibenarkan keluar dari bilik tersebut. Saya terus turun dan mendapatkan Pak Ngah yang sedang duduk di ruangan lobi. Kami terus pulang ke rumah. Kami berehat beberapa jam sebelum bergerak pulang ke Kulim malam tersebut memandangkan saya hanya memohon mengambil cuti kecemasan dua hari sahaja. Selepas hari itu, saya masih bekerja seperti biasa dan langsung tidak memikirkan apa-apa mengenai keputusan temuduga tersebut. Pada 21 Mac 2013 saya mendapat panggilan sekali lagi diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Dr. Harun. Saya masih belum mendapat jawapan hasil temuduga. Hari berganti hari, awal April 2013 saya telah mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah saya berjaya mengisi kekosongan jawatan itu. Saya diminta untuk melapor diri di syarikat perbankan Islam tersebut di sebuah cawangan di Penang pada 15 April 2013.

staf Bank Rakyat Georgetown




BERMULA DETIK MELANGKAH DUNIA PEKERJAAN

Sepanjang 2011 hingga 2013 saya telah bekerja sebagai operator di beberapa kilang di kawasan  perindustrian Kulim Hi-Tech. Faktor yang menyebabkan saya sering bertukar tempat kerja adalah demand gaji. Rata-rata saya mendapat gaji setiap bulan sebanyak RM1000 kasar. Bekerja shif adalah amat memenatkan bagi saya, demi keluarga saya terus bekerja. Kilang terakhir saya bekerja di Calestica Hi-Tech. Saya selesa bekerja di sini kerana hanya 2 shif iaitu pagi dan petang sahaja. Pada masa yang sama saya cuba mencari lubang-lubang kerja yang lebih baik. Hampir setiap minggu ke pejabat buruh mencari pekerjaan kosong. Ada yang saya mohon namun tiada apa-apa jawapan. Pada hujung Februari 2013 saya telah menghantar resume di sebuah Bank yang terletak di Lunas, Kulim. Saya masih bekerja macam biasa di kilang Calestica. 


kilang terakhir sebelum bekerja di Bank Rakyat


menaiki bas dari kulim ke klang

temuduga  di HQ